Takiyuddin Diguggurkan Sebagai AJK PAS KB Demi Jaga Nama Baiknya

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 4:10 PM

Takiyuddin Hassan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontroversi pengugguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Bharu tiada kaitan dengan kebangkitan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kelantan.

Sebaliknya Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, keputusan menggugurkan Takiyuddin dibuat bagi menjaga nama baik dan reputasi Setiausaha Agung PAS itu.

"Ini semua tak ada kaitan dengan Harapan Baru...ini bukan mainan GHB. Saya hormati Datuk Takiyuddin seperti adik saya, beliau juga adalah anak didik saya dalam PAS Kota Bharu.

"Kami sedar tugasnya yang sibuk sebagai Setiausaha Agung. Saya tak mahu rekod kehadirannya buruk hingga menjejaskan reputasi sekiranya beliau banyak kali tidak hadir mesyuarat," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kini merupakan Pengerusi GHB negeri itu.

Bagaimanapun menurut Wan Abdul Rahim, Takiyuddin tetap akan dijemput menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS Kawasan Kota Bharu atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu.

"Beliau boleh hadir pada bila-bila masa dalam mesyuarat Dewan Harian, tak ada halangan untuknya lebih-lebih lagi atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PAS," katanya.

Wan Abdul Rahim berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan PAS Kota Bharu menguggurkan Takiyuddin sebagai AJK Kawasan berkenaan yang dibuat dalam mesyuarat pada 15 Julai lalu.

Menurut Wan Abdul Rahim, keputusan menguggurkan Takiyuddin sebagai AJK dipersetujui oleh sebahagian besar ahli yang hadir pada mesyuarat berkenaan.

Takiyuddin merupakan AJK yang dilantik selepas beliau menarik diri daripada mempertahankan jawatannya selaku timbalan YDP dalam pemilihan parti itu awal tahun ini. 

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan