RM4 Bilion Bagi Pembangunan Lima Tahun KL - Datuk Bandar

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 2:23 PM

Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperuntuk RM4 bilion dalam jangka masa lima tahun bermula tahun ini bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bersih, ceria serta dipenuhi kehijauan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk, Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata peruntukan itu akan melibatkan pembinaan dewan orang ramai, penambahbaikan jalan raya, jejantas dan taman awam seperti Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Titiwangsa.

"Pembinaan infrastruktur ini akan turut merancakkan peluang perniagaan yang sekali gus dapat menambah hasil cukai DBKL yang akan dikembalikan semula kepada rakyat," katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke-11, di Menara DBKL di sini Isnin.

Mhd Amin menyandang jawatan tersebut pada 20 Julai lepas menggantikan Tan Sri Ahmad Phesal Talib.

Beliau turut mengumumkan penstrukturan semula organisasi DBKL berkuat kuasa 1 Ogos ini termasuk menyatukan jawatan Datuk Bandar dan Ketua Pengarah DBKL manakala jawatan Timbalan Ketua Pengarah DBKL akan diambil alih pengarah-pengarah eksekutif sedia ada.

Beliau berkata DBKL juga akan menyatukan jabatan di bawahnya yang mempunyai skop tugas hampir sama seperti Jabatan Pengangkutan Bandar dan Jabatan Kerja Awam yang memfokus kepada kerja-kerja kejuruteraan awam.

Ini termasuk menyatukan Jabatan Perancangan Bandar dan Jabatan Perancangan Fizikal yang memfokuskan kepada kerja perancangan bandar, katanya.

"Penstrukturan ini bertujuan mengurangkan karenah birokrasi dan menyelesaikan tugas dengan lebih cepat, pantas dan berkesan," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: DBKL , Mhd Amin Nordin Abdul Aziz

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan