13 Adun PAS Selangor Tetap Sokong Parti

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 6:06 PM

Iskandar Abdul Samad

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor  menyatakan 13 daripada 15 Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti itu tetap bersama PAS dan menyokong penuh kerajaan negeri tersebut.

Walaupun sebelum ini ada desas-desus menyatakan tiga daripada 13 ADUN parti itu turut dipujuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), namun mereka tetap menyokong PAS, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad. 

"Dalam satu mesyuarat hari ini, 10 daripada 13 ADUN hadir bagi berbincang isu-isu harian selain mengesahkan berapa ramai lagi masih bersama kita (PAS).

"Tiga ADUN yang tidak hadir iaitu bagi Sabak, Bangi dan Paya Jaras saya dah berjumpa sebelum ini dan kesemua mereka menyatakan sokongan kepada parti. Hanya  dua ADUN yang sertai GHB," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Dilaporkan ADUN Morib Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib serta Anggota Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud akan menyertai GHB.

Ketika ini PAS memiliki 15 kerusi DUN Selangor, DAP 15 dan PKR 13 manakala Barisan Nasional mempunyai 12.

Terdapat seorang Bebas. Iskandar berkata sebarang tindakan disiplin terhadap Hasnul dan Saari terserah kepada PAS Pusat kerana ia melibatkan polisi parti bagi menentukan keperluan mereka untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS itu.

Tags / Kata Kunci: PAS Selangor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan