Tiada 'Tangan Tersembunyi', Wartawan Dapat Temubual Justo Selepas Beberapa Hari Mencuba

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 10:23 AM

Xavier Andre Justo

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tidak ada 'kuasa tersembunyi atau tangan yang kuat' di sebalik temuramah dengan warga Swiss, Xavier Andre Justo yang berada dalam tahanan polis Thai, kata Editor Luar Negara The Straits Times Singapura, Audrey Quek.

"Wartawan kami di Bangkok, membuat susulan mengenai cerita ini, cuba mendapatkan akses kepada Justo selama beberapa hari dan akhirnya ia ditawarkan oleh peguamnya.

"Sememangnya, kita mengejar peluang, memandangkan terdapat kepentingan dan minat yang meluas terhadapnya," katanya dalam satu kenyataan.

Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif/penerbit Ho Kay Tat mempertikaikan bagaimana The Straits Times berjaya mendapat akses kepada Justo.

Mereka tertanya-tanya 'kuasa atau tangan tersembunyi' mana telah mengatur Nirmal Ghosh daripada akhbar harian Singapura itu untuk bertemu Justo supaya dia boleh melancarkan serangan ke atas kami?"

Walau bagaimanapun, Quek berkata: "Kami tahu bahawa tiada tangan tersembunyi di sebalik akses yang diperolehi."

Semasa temubual, Justo mendakwa bahawa Tong bersetuju untuk membayarnya AS$2 juta untuk data dicuri dari PetroSaudi International. Tetapi wang itu tidak pernah dibayar.

Tong dan Ho dalam satu kenyataan mengaku mahu mengelirukan Justo.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan