Sarawak Report Tak Melakukan Apa-Apa Jenayah - Rewcastle-Brown

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kakitangan Sarawak Report  tidak boleh diekstradisi ke Malaysia kerana mereka tidak melakukan apa-apa jenayah di United Kingdom, kata pengasas laman berita itu, Clare Rewcastle-Brown.

"Sarawak Report tidak melakukan jenayah yang dikenali di United Kingdom, jadi bagaimana kita boleh diekstradisi?" soal Clare Brown pada Ahad.

Dia juga mempersoalkan sama ada dia boleh diekstradisi jika berdepan pertuduhan menghasut di Malaysia.

"Bagi 'hasutan', sudah tiada pendakwaan di UK selama beratus-ratus tahun lamanya dan telah dimansuhkan sebagai jenayah oleh Perdana Menteri sekarang - maka tidak mungkin beliau bersemangat tentang idea ini jika rakyat Inggeris akan didakwa di atas pertuduhan itu di tempat lain.

"Lagi pun, tidak ada seorang pun di Malaysia yang pernah berjaya memberi takrif sebenar hasutan.

"Apakah membuat laporan merupakan jenayah hasutan jika ia menyakiti hati orang yang berkuasa?" soalnya lagi.

Clare Brown telah diminta untuk bertindak balas terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa dia mungkin diekstradisi ke Malaysia, berikutan hasil siasatan polis yang sedang dijalankan.

"Bergantung kepada siasatan akhir Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri secara rasmi akan berbincang dengan kerajaan British melalui Kementerian Luar Negeri jika terdapat 'prima facie' untuk tindakan undang-undang terhadap Claire Brown.

"Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Scotland Yard sudah sedia terjalin dan ini akan memudahkan tindakan susulan dibuat bagi melakukan ekstradisi jika diperlukan," kata Ahmad Zahid dalam siaran di halaman rasmi Facebooknya.

Beliau berkata di bawah prinsip kedaulatan yang dihormati antara negara, sudah pasti British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain.

Pada Jumaat, liputan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Bhd telah dijenamakan sebagai konspirasi penjajah oleh Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) apabila kumpulan itu berkumpul di Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerahkan memorandum mengkritik Clare Brown.

Ketua Hal Ehwal Bumiputera PMSP Mohd Faizan Alias ​​berkata British menjajah Malaysia sebelum ini dan mungkin mencuba untuk menjejaskan kestabilan negara ini dengan berbuat demikian sekali lagi.

Beliau berkata warga asing tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal ehwal Malaysia, yang perlu ditangani secara dalaman.

Lebih 10 ahli organisasi itu dilihat berhimpun di luar pejabat memegang sepanduk yang berbunyi menuntut Claire Brown menjauh diri dari Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Clare Rewcastle-Brown , 1MDB , ekstradisi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan