Ribut Punca Kesesakan 10KM Di LPT

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 11:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ratusan pengguna yang melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Temerloh ke Kuala Lumpur, terperangkap dalam kesesakan teruk selepas kira-kira 30 pokok tumbang di KM85 berikutan hujan dan ribut melanda kawasan itu petang tadi. 

Kejadian kira-kira 3 petang itu turut mengakibatkan lima buah kenderaan mengalami kerosakan, antaranya ditimpa dan terlanggar pokok yang tumbang.

Pengendali konsesi LPT, Anih Berhad ketika dihubungi bagaimanapun mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira 10 minit itu.

Pengarahnya Nik Fauzi Nik Hussein berkata tindakan segera untuk membersihkanlaluan berkenaan telah diambil dan boleh digunakan sepenuhnya kira-kira 4.15petang.

"Kita akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya. 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada orang awam kira-kira 4 petang, dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Tags / Kata Kunci: Ribut , LPT

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan