Penggantungan Permit The Edge Tidak Cemar Imej Negara - Mohamed Nazri

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 11:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Tindakan menggantung permit penerbitan 'The Edge Weekly' dan 'The Edge Financial Daily' selama tiga bulan tidak akan mencemarkan imej negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata setiap negara mempunyai undang-undang mereka sendiri yang menghalang sebarang syarikat penerbitan mengeluarkan berita atau laporan palsu.   

"Tindakan kerajaan menggantung permit syarikat The Edge juga tidak mengejutkan dunia kerana biarpun negara menyokong kebebasan media tetapi ia tidak bermakna media bebas untuk membuat laporan tidak betul.   

"Mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana apa-apa yang mereka tulis dan terbitkan di dalam surat khabar, pembaca akan menganggap ia adalah satu kebenaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Riang Ria Aidilfitri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar di sini pada Ahad.

Mohamed Nazri mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat yang menggantung permit penerbitan akhbar 'The Edge Weekly' dan 'The Edge Financial Daily' selama tiga bulan, mulai Isnin.

Beliau berkata sekiranya terdapat maklumat tidak betul dan palsu terutama untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik, maka tindakan di bawah kanun jenayah boleh diambil.

Mengulas isu panggung wayang di Seri Iskandar dekat sini yang menetapkan syarat pasangan yang mahu menonton wayang dan duduk di kerusi berkembar agar menunjukkan sijil nikah, Mohamed Nazri berkata perkara berkenaan perlu diteliti semula.

"Saya rasa syarat itu tidak wajar kerana aktiviti menonton wayang bukan menjadi penyebab utama dalam aktiviti tidak bermoral dalam negara.      

"Perkara ini perlu dibincangkan secara menyeluruh supaya ada penyusunan yang standard di setiap pawagam di seluruh negara," katanya.- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan