Langkah Betul Gantung Permit The Edge - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 2:23 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit The Edge adalah satu langkah yang betul, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kerajaan mempunyai kewajipan untuk melindungi rakyat dan negara daripada keganasan politik dan ketidakstabilan ekonomi.

Beliau berkata The Edge sepatutnya menyerahkan dokumen yang didakwa dicuri itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan dari awal.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional berkata terdapat terlalu banyak persoalan mengenai maklumat yang dikemukakan oleh The Edge.

"Sementara menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan, pilihan yang terbaik bagi kerajaan adalah menggantung mereka (penerbitan) buat sementara waktu," tulis Ahli Parlimen Kota Belud itu di laman rasmi Facebook beliau pada Ahad.

"Memberikan gambaran peristiwa yang dramatik, kita tidak boleh hanya sekadar menelan apa sahaja alasan yang dikatakan The Edge sekarang," katanya.

Abdul Rahman seterusnya berkata bahawa penggantungan itu bukan satu cara untuk menyekat siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd.
Tags / Kata Kunci: Datuk Abdul Rahman Dahlan , 1MDB

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan