Media Tak Harus Cepat Menghukum - Shahrir Samad

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 2:11 PM

Tan Sri Shahrir Samad

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Media tidak seharusnya cepat menghukum berhubung perkara-perkara melibatkan kepentingan negara, kata Ketua Kelab Penyokong Barisan Nasional  Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata isu-isu kepentingan negara seperti skandal 1MBD tidak boleh dibicarakan oleh media berdasarkan beberapa dokumen yang mungkin atau mungkin tidak sahih.

"Media perlu percaya dan menghormati institusi negara dalam menyiasat perkara tersebut dan tidak hanya memainkan isu itu berdasarkan beberapa dokumen yang mungkin telah diubahsuai," katanya.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mengulas perintah penggantungan tiga bulan terhadap The Edge berhubung laporannya mengenai skandal 1MBD semasa rumah terbuka Hari Raya di SJKC Foom Yew di sini, Sabtu.

"Jika syarikat media itu mahu kebenaran didedahkan, maka mereka dari awal lagi sepatutnya menyerahkan dokumen-dokumen itu dan bertegas supaya pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

"Mereka (The Edge) tidak membenarkan ruang untuk siasatan sebelum menyiarkan dakwaan liar itu malah mereka pun tidak mendapatkan maklumat secara betul," katanya.

Shahrir menambah bahawa media boleh berhujah mengenai kebebasan akhbar, tetapi menegaskan bahawa semua orang, termasuk menteri tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Berhubung penggantungan itu, Shahrir menasihatkan pengurusan syarikat untuk bertenang dan mengambil masa untuk memikirkan tentang tindakan mereka dan niat mereka dalam menyiarkan perkara-perkara seperti itu.

"Adakah mereka benar-benar cuba mahu membawa kebenaran atau adakah mereka berniat untuk mewujudkan kekecohan di kalangan rakyat di negara ini," katanya.

Beliau menegaskan bahawa setiap orang harus menghormati dan amanah dalam institusi di negara ini dan membiarkan pihak berkuasa termasuk polis dan badan kehakiman menyiasat kebenaran.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Tan Sri Shahrir Samad

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan