Kesal Kebebasan Media Terus 'Diserang'

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perintah penggantungan permit penerbitan akhbar The Edge merupakan 'serangan' terbaharu kepada kebebasan media di negara ini, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau kecewa apabila penggantungan itu dibuat ketika rakyat menantikan jawapan berhubung pelbagai isu yang berlaku.

"Tatkala Rakyat mendambakan jawapan, nampaknya hak kebebasan rakyat untuk bersuara diinjak-injak. Tidak syak lagi serangan terkini ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media akan merosakkan lagi imej Malaysia di mata dunia.

"Saya amat kecewa dan sedih dengan keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily hanya kerana kedua-dua akhbar tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai media," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuatkuasa Isnin ini.

Tindakan itu diambil berikutan dua laporan yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan memudaratkan kepentingan awam dan negara.

Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu lagi, penggantungan dua penerbitan The Edge merupakan rentetan daripada pelbagai serangan lain sebelum ini terhadap media.

"Stesen radio dan laman berita online telah diberi amaran, dan wartawan juga telah ditangkap dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Jangan kita lupa betapa ramai lagi ahli-ahli politik, aktivis, malah juga kartunis yang sedang dihadap ke mahkamah dibawah Akta Hasutan hanya kerana mereka berani bersuara," katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Dr Wan Azizah Wan Ismail

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan