GHB Sarawak Akan Bertanding Pilihan Raya Negeri Akan Datang

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 1:53 PM

ghb
(Ubah saiz teks)

KUCHING: Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri akan datang, kata jurucakap gerakan itu Andri Zulkarnaen Hamden.

Bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak itu bagaimanapun berkata sama ada GHB akan bertanding atas tiket parti baharu, parti lain atau Bebas belum diputuskan.

"GHB Sarawak akan melantik jawatankuasa dalam masa terdekat. Setakat ini kami telah mengenal pasti figura-figura yang berpotensi dan berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.

"Kami yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kami sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara terbuka telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti politik baru nanti," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.

Andri berkata sehubungan dengan rancangan tersebut, GHB Sarawak sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan PKR Sarawak pada bila-bila masa.

Pada Mac lepas, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan DAP negeri untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Beliau mendakwa PAS menyeleweng dari dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.

DAP memiliki 12 daripada 71 kerusi DUN, manakala PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya negeri Sarawak. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: GHB , Sarawak , Andri Zulkarnaen Hamden

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan