Biar Polis Dapatkan Maklumat Daripada Justo - Nancy

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 3:25 PM

Nancy Shukri

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis merupakan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat daripada bekas pekerja PetroSaudi International Xavier Andre Justo yang kini ditahan di Thailand, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata biar polis menjalankan tugas itu walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak dapat bertemu warganegara Switzerland itu di Bangkok beberapa hari lepas bagi mendapatkan maklumat berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, beliau percaya Khalid tidak dapat bertemu Justo kerana polis Thailand masih menjalankan siasatan.

"Jika kita masuk campur, ini mungkin boleh menjejaskan seluruh proses kerana ia melibatkan pengumpulan bukti dan memfailkan tindakan undang-undang.

"Ini merupakan proses biasa di mana-mana negara berdaulat dan siasatan tidak dijalankan secara lewa," katanya.

Beliau berkata mungkin apabila polis Thailand sudah menyelesaikan siasatan mereka, mereka akan membantu Malaysia.

Nancy berkata orang ramai tidak sepatutnya menyifatkan kegagalan Khalid untuk bertemu Justo sengaja dilakukan.

"Ada orang yang mungkin tidak faham atau tahu tentang prosedur ini. Mereka mula meragui keupayaan kerajaan dan membuat komen negatif," katanya.

Polis, katanya perlu diberikan kebebasan untuk menjalankan siasatan mereka.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib antara tetamu pada majlis rumah terbuka itu.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Nancy Shukri , Xavier Andre Justo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan