Adun PAS Sertai GHB Untungkan DAP - Noh Omar

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 8:29 PM

ghb
(Ubah saiz teks)

TANJUNG KARANG: Tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada PAS yang mahu menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) dilihat bakal mengukuhkan kedudukan DAP dalam kerajaan negeri Selangor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana parti GHB lebih pro kepada DAP, sekali gus akan memberi kesan kepada kedudukan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dilaporkan, dua Adun PAS di Selangor iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) serta Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud akan menyertai parti baharu GHB itu.

Ketika ini PAS memiliki 15 kerusi DUN, DAP (15), PKR (13), manakala Barisan Nasional 12 dan Bebas (1).

"Apa yang kita lihat, Pakatan Rakyat pun tiada pendirian sendiri. Apa jua keputusan kena rujuk pada DAP kerana kalau DAP tak sokong, mereka akan kurang sokongan.

"Sama juga berlaku di Selangor. DAP majoriti dan PAS pula masih bergolak maka diramalkan Azmin akan mentadbir kerajaan negeri secara proksi," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan GHB dan pergolakan PAS dalam memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan Selangor.

Terdahulu, Noh menyampaikan sumbangan kelengkapan haji kepada 68 bakal jemaah dan wang tunai kepada 120 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi bagi peringkat Parlimen Tanjung Karang.

Kata Noh, tidak mustahil sekiranya DAP akan meminta jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran Selangor pada masa depan.

Semalam, Adun Morib menegaskan bahawa Adun daripada PAS yang menyertai GHB, tidak perlu mengosongkan kerusi DUN.

Beliau berpendapat PAS tidak sepatutnya membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP sedangkan gabungan bersama dalam pakatan pembangkang yang menjadikan Pakatan Rakyat mampu menawan Selangor.

Tags / Kata Kunci: Gerakan Harapan Baru , PAS , DAP , Umno

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan