Hak Milik Tanah Ditarik Balik Jika Ada Pokok Ketum - MB Perlis

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan Perlis mensyaratkan pemberian hak milik tanah atau geran akan ditarik balik sekiranya pemilik menanam pokok ketum, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Menurut beliau syarat baharu itu diluluskan baru-baru ini dan dikuatkuasakan serta-merta sebagai langkah tegas untuk membendung kegiatan menanam pokok ketum.

Bercakap kepada pemberita selepas jamuan Aidilfitri Kerajaan Negeri di Dewan 2020 di sini Sabtu, beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius penagihan air ketum dalam kalangan golongan muda dan pelajar sekolah.

Azlan berkata kerajaan negeri menerima kira-kira 5,000 permohonan daripada rakyat Perlis untuk mendapat hak milik tanah kerajaan yang mereka usahakan pada masa ini.

Katanya mulai sekarang setiap permohonan untuk mendapatkan geran akan disiasat dan dipastikan terlebih dahulu tiada pokok ketum ditanam di tanah yang diusahakan itu.

Kerajaan negeri juga akan memastikan setiap pemohon yang membuat permohonan tanah kerajaan tidak memiliki tanah di tempat lain dan mereka yang benar-benar tidak mempunyai tanah sahaja layak menerimanya, kata Azlan.

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail yang ditemui pada majlis itu mengalu-alukan syarat baharu kerajaan negeri dan wajar bagi membendung penanaman pokok ketum.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke majlis itu yang dihadiri kira-kira 10,000 rakyat Perlis.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dan anak-anak yatim daripada beberapa buah rumah amal di negeri ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: ketum , Azlan Man

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan