The Edge Akan Cabar Di Mahkamah - Berita Semasa | mStar

The Edge Akan Cabar Di Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 5:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: The Edge akan mencabar perintah penggantungan ke atas dua penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di mahkamah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan penerbit The Edge, Ho Kay Tat berkata beliau kecewa dengan penggantungan itu.

"Ini adalah usaha untuk menghalang kita," kata beliau dalam kenyataan.

KDN menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula 27 Julai.

The Edge berkata pihaknya menerima surat daripada KDN yang memaklumkan bahawa penggantungan itu disebabkan laporan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tags / Kata Kunci: The Edge , 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan