KPN Yakin Dapat Soal Siasat Justo

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 7:26 PM

Khalid ditemui wakil media sebaik tiba dari Bangkok di KLIA, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yakin dapat menyoal siasat warga Switzerland Andre Xavier Justo selepas bekas eksekutif PetroSaudi International itu didakwa di mahkamah Thailand.

Bercakap kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat, Khalid berkata, pertemuannya dengan Ketua Polis Thailand, Somyot Pumpunmuang berjalan lancar di Bangkok.

Beliau berkata, rakan sejawatnya itu turut mengutarakan isu dan sekatan berhubung permintaan Khalid untuk menyoal Justo.

"Jika Justo belum didakwa, langkah menyoalnya boleh menjejaskan tindakan menuduhnya.

"Sehubungan itu, mereka meminta lebih masa untuk mendapatkan pandangan penasihat undang-undang sama ada polis kedua-dua negara dapat bekerjasama dalam hal ini," kata Khalid.

Beliau menambah, kerajaan Switzerland juga mengambil berat berhubung siasatan yang dijalankan.

Difahamkan Khalid ke Bangkok untuk mendapatkan kebenaran bagi menyoal siasat Justo berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo ditahan di Koh Samui pada Jun kerana didakwa mencuri maklumat daripada PetroSaudi dan menuntut bayaran 2.5 juta Swiss francs (RM9.925 juta) untuk tidak mendedahkan dokumen itu.

Tahanan negara jiran yang menjadi antara individu yang disiasat berkaitan skandal 1MDB juga mendakwa menemui beberapa anggota kerajaan dan pembangkang serta media berhubung dokumen membabitkan syarikat berkaitan kerajaan itu.

Video pengakuan bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi mendakwa Sarawak Report yang menyiarkan pendedahan isu penggunaan dana 1MDB dikatakan mendapatkan dokumen itu daripada Justo dan meminda sebahagiannya.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Justo , Bangkok

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan