Perhilitan Kenal Pasti Tiga Daerah Tumpuan Gajah Di Terengganu

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Terengganu mengenal pasti tiga daerah menjadi tumpuan gajah liar di negeri ini, terutamanya ketika tibanya musim buah-buahan.

Pengarah Perhilitan negeri, Yusoff Shariff berkata, lokasi tersebut ialah kawasan Air Putih dan Pasir Gajah di Kemaman, Hulu Seladang di Setiu dan daerah Hulu Besut.

Katanya, sepanjang tahun ini pihaknya berjaya menangkap dan memindahkan tiga ekor gajah liar dari lokasi berkenaan setelah menerima aduan daripada penduduk yang mendapati haiwan berkenaan merayau-rayau dan merosakkan tanaman kebun.

"Saya berharap penduduk akan terus memberi kerjasama melaporkan kepada kita  jika terdapat kehadiran gajah di kawasan mereka.. mereka juga diminta tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengusir gajah-gajah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas operasi memindahkan seekor gajah liar di Hulu Seladang, dekat sini petang Khamis.

Mengenai operasi pemindahan itu, Yusoff berkata, gajah jantan berusia antara 12 dan 13 tahun itu telah ditangkap pada 14 Julai lepas oleh petugas Unit Gajah Perhilitan Terengganu, namun hanya dapat dipindahkan semalam berikutan cuti hari raya.

Katanya, gajah jantan seberat kira-kira 2 tan itu dipercayai tersesat daripada kumpulannya hingga memasuki kawasan kebun penduduk di Hulu Seladang.

Yusoff berkata, gajah jantan itu akan dipindahkan ke kawasan Taman Negara Sungai Deka di Hulu Terengganu.

Operasi pemindahan gajah pada petang semalam petang itu turut melibatkan pasukan petugas dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dengan dibantu dua ekor gajah denak dari pusat berkenaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Perhilitan , gajah , Setiu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan