Takiyuddin: GHB Adalah Rancangan DAP Hancurkan PAS

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 4:47 PM

ghb
(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh kumpulan yang digulingkan dalam pemilihan PAS pada Jun lalu adalah rancangan DAP untuk memecahkan parti, kata Setiausaha Agung parti Islam itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selain itu Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, DAP mengetahui bahawa mereka tidak boleh menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat sekiranya PAS terus bersatu.

Takiyuddin juga menuduh DAP bertanggungjawab menyalurkan dana kepada GHB.

"Kami menyedari rancangan halus DAP, tetapi masih mendiamkan diri selama ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya di sini.

Sebelum ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata PAS tidak akan menjadi sebahagian daripada pembentukan pakatan pembangkang baharu kerana mendakwa parti itu menjadi punca berakhirnya kerjasama Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata penyediaan dana kepada GHB bukan isu yang penting untuk diperkatakan.

Takiyuddin berkata, kesediaan DAP untuk membiayai parti baharu itu nanti adalah bukti jelas bahawa GHB merupakan satu langkah untuk memecahkan PAS.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan