Gantung The Edge Menindas, Langgar Kebebasan Media - CIJ

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggantungan permit penerbitan The Edge akan menimbulkan persoalan berkaitan pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Pengarahnya, Sonia Randhawa dan Jac Kee berkata, adalah penting bagi kerajaan dan awam bahawa tadbir urus serta pengurusan 1MDB dijalankan dengan telus dan bertanggungjawab.

"CIJ meminta Kementerian Dalam Negeri menarik balik penggantungan akhbar The Edge serta merta dan menghormati kebebasan media serta kebebasan menyampaikan ekspresi.

"Bagi kerajaan untuk menapis akhbar dengan cara ini, ia satu tindakan menindas dan melanggar kebebasan ekspresi serta media khusunya," katanya menerusi kenyataan, Jumaat.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk tiga bulan bermula 27 Julai ini.

The Edge menerusi kenyataannya berkata, surat KDN itu menyebut tindakan itu dikenakan berikutan laporan berhubung 1MDB yang disiarkan akhbar berkenaan.

Kata CIJ, kementerian itu seharusnya memberi alasan kukuh kenapa tindakan serius itu dikenakan terhadap The Edge.

"Ia perlu nyatakan secara khusus bagaimana laporan The Edge berkaitan 1MDB boleh menggugat keamanan dan keselamatan awam.

"Setakat ini, The Edge mendedahkan maklumat mengenai penipuan membabitkan berbilion Ringgit dalam syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

"Bertentangan dengan apa yang dinyatakan Kementerian Dalam Negeri, kerana The Edge bertindak untuk kepentingan awam dan negara dengan mengetengahkan dakwaan ini," kata CIJ.

Tags / Kata Kunci: The Edge , CIJ , Kementerian Dalam Negeri , 1MDB

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan