Bekas Pengerusi Tabung Haji, Pos Malaysia Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 4:46 PM

Tan Sri Zainol Mahmood bersama anugerah yang diterima pusat membeli-belah Pavilion pada 2011.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Pos Malaysia Bhd, Tan Sri Zainol Mahmood, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Zainol, 78, yang merupakan Pengerusi Pavilion Kuala Lumpur Sdn Bhd dan Urusharta Cemerlang Sdn Bhd meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court (PPPC) di sini pada kira-kira 9.40 pagi.

Cucu Allahyarham, Mohamad Harith Sibbald, 25 berkata, datuknya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tengah hari Rabu.

"Atuk dimasukkan ke hospital selepas dia muntah-muntah tengah hari semalam dan hasil pemeriksaan doktor, beberapa saluran arterinya didapati telah tersumbat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Bukit Tunku di sini, Khamis.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang selepas dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Baru di sini, selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rajmin Rashid, 73, dan tiga orang anak iaitu Zairila, 50, Rajman Zareqh, 43, dan Irazeqh, 40, serta lapan cucu.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail.

Allahyarham yang berasal dari Kangar, Perlis memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kuala Lumpur pada 1961 dan pernah memegang beberapa jawatan penting di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kerajaan Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau dalam perkhidmatan awam ialah sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada Mei 1990 sehingga bersara pada April 1992.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Pos Malaysia Berhad mulai April 1992 hingga 2001.

Allahyarham Zainol dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji pada 1 Ogos 2000 hingga 7 Ogos 2005.-- Bernama 


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan