Siti Zailah Tolak GHB, Setia Bersama PAS

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff yang tewas dalam pemilihan parti itu Jun lalu menolak dakwaan kononnya beliau bakal menyertai kumpulan progresif menerusi Gerakan Harapan Baru (GHB).

Tegas Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, beliau akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada pemilihan lalu, Siti Zailah yang dikaitkan dengan kumpulan progresif tewas kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Saleh.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan gagal mempertahankan jawatannya apabila memperolehi 329 undi, manakala Nuridah mendapat 359 undi.

Turut sama mengisytiharkan taat setia untuk kekal bersama PAS ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tawang yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mahmood; Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan, Lim Guan Seng.

Menerusi kenyataan media bersama empat sayap PAS Kelantan itu pada Khamis, mereka mendesak kepimpinan PAS supaya mengambil tindakan tatatertib terhadap bekas pemimpin parti itu ekoran tindakan mereka untuk menubuhkan parti baharu.

"Memandangkan bahawa ada di antara tokoh-tokoh penting yang terlibat di dalam penubuhan GHB ini masih memegang jawatan di dalam parti, kami juga turut mendesak supaya prosiding tindakan tatatertib perlu dimulakan ke atas mereka yang terbukti telah melakukan tindakan yang merugikan parti.

"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan PAS secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.

"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong GHB ini," kata mereka menerusi kenyataan.

Tags / Kata Kunci: Gerakan Harapan Baru

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan