Sarawak Akan Kekal Dalam Malaysia - Richard Riot

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 6:42 PM

Richard Riot

Richard Riot.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem tidak ragu bahawa Sarawak akan kekal selamanya dalam Malaysia.

Riot yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, perhimpunan yang diadakan di Kuching pada Rabu bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan Sarawak daripada British pada 22 Julai 1963, hanya mencerminkan sentimen peserta dan bukannya kerajaan negeri.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran kami untuk berpisah dengan Malaysia," kata Anggota Parlimen Serian itu.

Walaupun penganjur 722 Sarawak Freedom and Independence Walk mendakwa perhimpunan itu bukan untuk menggesa Sarawak keluar dari Malaysia tetapi kira-kira 8,000 pesertanya memakai baju T hitam dengan slogan "Sarawak for Sarawakians" (Sarawak untuk Orang Sarawak) dan membawa kain rentang serta bendera negeri yang lama dan yang baharu.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sudah membuat "beberapa permintaan untuk negeri" dan beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi perhatian.

"Saya tahu YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sangat dekat dengan Sarawak dan sebagai seorang menteri dari Sarawak, saya gembira Sarawak sangat dekat dalam hati beliau (Najib)," kata Riot.

Pengerusi penganjur, Peter John Jaban berkata, perhimpunan itu diadakan untuk menyuarakan permintaan berhubung isu pendidikan, kesihatan dan royalti minyak.

Tags / Kata Kunci: Richard Riot Anak Jaem

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan