Penerbit Digesa Cari Kesalahan Dalam Buku Kerja Pelajar

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 9:33 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Buku kerja yang dihasilkan untuk persediaan pelajar menghadapi peperiksaan awam perlu bebas dari kesalahan.

Pelajar Tingkatan Tiga, Paul Lai, 15, berkata, dia menyedari terdapat kesilapan tatabahasa dalam buku kerja Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

"Bukan sahaja dengan cara ia ditulis, kadang-kadang terdapat juga kesilapan pada jawapan," katanya.

Ibu bapa menegaskan bahawa kesalahan tatabahasa berlaku secara berulang.

Ibu kepada tiga anak yang hanya mahu dikenali sebagai Sally, 44, berkata dia menyedari tahap bahasa Inggeris pada buku kerja sekolah semakin buruk dari masa ke masa.

Vicknesswary Ranaeya, 38, mendakwa guru anaknya di sebuah sekolah kerajaan mempunyai tahap penguasaan  bahasa Inggeris yang teruk.

"Semasa mesyuarat ibu bapa dan guru baru-baru ini, saya bercakap dengan seorang guru dan tidak dapat memahami apa yang dicakapnya.

"Kadang-kadang, mereka bercakap dalam 'Manglish'," katanya.

Jane Lee Tuan, 41, yang menguruskan sebuah pusat tuisyen bahasa Inggeris berkata anak lelakinya yang berusia 13 tahun sering mengadu mengenai bahasa Inggeris yang tidak betul dalam bukunya.

Katanya, dia sendiri akan membetulkan kesilapan dalam buku sebaik sahaja menyedari terdapat kesilapan tatabahasa.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata dia tidak terkejut apabila berlakunya kesalahan tatabahasa dalam buku kerja rujukan Sains dan Matematik.

"Ini kerap berlaku dan hanya mereka yang mempunyai penguasaan bahasa yang baik akan dapat melihat kesilapan itu," katanya.

Noor Azimah berkata Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan dan penerbitan swasta perlu lebih berhati-hati.

"Mereka mesti mempunyai prosedur operasi standard bagi memastikan standard bahasa Inggeris yang tinggi dipenuhi dan dikekalkan.

"Pada masa yang sama, penerbit tidak boleh hanya menyalin dan mencetak bulat-bulat dari bank soalan Lembaga Peperiksaan," kata beliau sambil menambah mereka perlu berwaspada dan mencari kesilapan.

Sarawathdi M. Krishnan, seorang guru tuisyen bahasa Inggeris berkata terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam buku kerja UPSR.

"Saya biasanya memeriksa kelayakan penulis sebelum membeli buku-buku mereka," katanya yang berusia 56 tahun itu.

Anthony Woo, yang memiliki sebuah pusat tuisyen bahasa Inggeris berkata menyedari kesalahan ejaan dan kesalahan tanda baca dalam buku-buku rujukan sekolah menengah.

Katanya, penerbit perlu lebih inovatif dan mencipta bahan-bahan sendiri.

Pada Rabu, The Star melaporkan bahawa terdapat banyak kesilapan tatabahasa pada beberapa buku kerja Sains dan Matematik di sekolah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan