PAS Akan Rasai Kesan Jika Lapan Ahli Parlimennya Sertai GHB

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS bakal kehilangan hampir separuh wakilnya di Dewan Rakyat jika lapan ahli Parlimennya memutuskan untuk menyertai Gabungan Harapan Baru (GHB), parti politik yang baharu ditubuhkan.

Setakat ini, PAS yang mempunyai 21 kerusi di Parlimen dan mungkin kehilangan lapan kerusi jika ia menjadi kenyataan.

Khabar angin bertiup kencang bahawa ahli-ahli Parlimen ini - Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Khalid Samad (Shah Alam), Hanipah Maidin (Sepang), Siti Zailah Yusof (Rantau Panjang), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar ) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) akan keluar dari PAS untuk menyertai GHB.

Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) mengesahkan kepada The Star bahawa beliau sudah pun menjadi 'sebahagian daripada GHB'.

Di Selangor, di mana PAS memegang sebanyak 15 kerusi, parti itu akan kehilangan dua wakil rakyatnya iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Klang) kepada parti politik yang baharu. Kedua-dua mereka telah mengesahkan bahawa mereka akan menyertai GHB.

Jika rancangan untuk sebuah gabungan parti baharu menjadi kenyataan, PKR-DAP-GHB akan mempunyai sejumlah 30 kerusi negeri.

Ini bermakna gabungan itu akan terus dapat mentadbir Selangor jika PAS memutuskan untuk tidak menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut.

Jika Barisan Nasional, PAS dan Adun Bebas Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim bergabung, mereka akan membentuk 26 daripada 43 kerusi di negeri ini.

Di Kota Baru, Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Ahli Parlimen dan Adun yang meninggalkan parti untuk menyertai GHB mesti mengembalikan kerusi seperti yang ditetapkan dalam bai'ah (sumpah taat setia).

Beliau berkata mereka yang berhasrat untuk meninggalkan parti mesti mengembalikan kepercayaan yang diberikan kepada mereka dalam bentuk kerusi Parlimen atau negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-13 kepada PAS.

"Ini adalah selaras dengan ikrar bai'ah yang mereka buat sebelum mereka menjadi calon parti itu pada pilihan raya umum lepas," kata Nik Abduh.

Ahli PAS, katanya, boleh meninggalkan parti bila-bila masa tetapi mereka 'mesti memikirkan janji mereka' dan meninggalkan parti serta-merta.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi ahli kepada dua parti politik kerana ini adalah melanggar perlembagaan parti.
Tags / Kata Kunci: GHB , parti baharu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan