Ratusan Objek Misteri Ditemui Di Tanjung Balau

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 9:59 PM

lEbih 300 objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur dirakamkan oleh Penolong Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muhammed Iqbal Rosli ketika mengiringi wakil kerajaan negeri ke lokasi tersebut di pantai Tanjung Bala, Rabu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Lebih 300 objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur, di Jawa Tengah, Indonesia ditemui di atas batu di pantai Tanjung Balau dekat sini, Rabu.

Sesetengah penduduk setempat berkata, objek dalam pelbagai warna itu digunakan untuk membuang ancak atau persembahan kepada makhluk halus.

Penolong Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muhammed Iqbal Rosli berkata, beliau menyedari kewujudan objek itu ketika mengiringi wakil kerajaan negeri ke lokasi tersebut.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung telah mengganggu pemandangan geologi di Tanjung Balau yang sedang diwarta sebagai kawasan sejarah.

Objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur.

"Kami tidak tahu siapa yang meletak objek-objek itu dan upacara yang dijalankan sama ada ia merupakan proses pemujaan atau ritual sesebuah agama. 

"Pihak kami juga tidak mengalihkannya sebab ia terlalu banyak dan bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Bagaimanapun jumlahnya semakin berkurangan kerana dibawa air pasang," kata Muhammed Iqbal.

Beliau berkata, pengunjung jangan mendekati objek tersebut dan menyentuhnya kerana khuatir akan memudaratkan kerana belum dikenal pasti bahan yang terkandung padanya.

“Namun kita difahamkan ia merupakan upacara tahunan agama namun tidak tahu agama apa dan kita masih siasat perkara ini,” katanya.

Sementara itu Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzi Bachok berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada ia turut melibatkan masyarakat Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan