Tiada Sebab Sabah Keluar Malaysia - Musa Aman

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 6:19 PM

musa aman

Musa Aman.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sabah akan terus menjadi sebahagian daripada Malaysia kerana ia merupakan pilihan terbaik buat negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, persoalan mengenai keluar dari Malaysia tidak berbangkit kerana Sabah menikmati pembangunan, keamanan dan keharmonian yang merupakan sebahagian daripada Persekutuan.

"Tiada keperluan untuk bercakap mengenai perpisahan ini kerana kedua-dua Sabah dan Sarawak menikmati banyak pembangunan dengan menjadi sebahagian daripada Malaysia," katanya pada rumah terbuka Hari Raya Umno di Tawau pada Khamis.

Beliau menambah, negeri itu bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan mengenai keperluan pembangunan di Sabah.

"Walaupun kita selesa di dalam Persekutuan, kita juga mahu hak kita dipenuhi untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat," kata Musa, sambil menambah bahawa Kerajaan Persekutuan mendengar dan menerima permintaan berhubung pelbagai projek dan program pembangunan untuk Sabah.

Tags / Kata Kunci: Musa Aman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan