Hanya Jawatankuasa Pemilih Boleh Tentukan Kedudukan Tony Pua Dalam PAC

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 6:48 PM

tony pua

Tony Pua.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, ini kerana anggota PAC dilantik oleh jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Nama beliau (Pua) dicadangkan oleh parti dan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilih. Jadi hanya jawatankuasa yang boleh menggantung keanggotaan beliau," katanya kepada Bernama pada Khamis. 

Nur Jazlan mengulas mengenai kedudukan Pua dalam PAC berikutan dakwaan pertemuan anggota Parlimen DAP itu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo di Singapura.

Pada Rabu, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional turut menggesa Pua mengecualikan diri daripada terlibat dalam siasatan PAC terhadap syarikat pelaburan kerajaan itu.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata, langkah itu bagi memastikan kredibiliti PAC tidak dipersoal rakyat berikutan dakwaan pertemuan itu.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Nur Jazlan turut menjelaskan keanggotaan Pua dalam PAC tidak menjejaskan siasatan jawatankuasa itu terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Memandangkan kami (anggota PAC) dipilih daripada parti, kami hanya buat kerja kami untuk memberi pandangan dan kami neutral," katanya.

PAC memulakan prosiding siasatan terhadap 1MDB pada 19 Mei lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Nur Jazlan Mohamed , Tony Pua , 1MDB , PAC

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan