Dedah Laporan Interim Untuk Tentukan Kredibiliti Laporan Sarawak Report - Tony Pua

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat menentukan kredibiliti laporan Sarawak Report mengenai isu itu, kata ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Tony Pua.

Pua berkata maklumat daripada laporan itu dapat menjawab sama ada data 1MDB - PetroSaudi yang didedahkan oleh Sarawak Report dan The Edge telah dipalsukan.

Beliau berkata laporan itu terkandung minit mesyuarat lembaga, resolusi dan surat-surat berkaitan dengan 1MDB.

Pua menambah, walaupun laporan interim itu adalah menyeluruh, ia masih lagi tidak lengkap dan tidak mempunyai maklumat seperti perjanjian dan penyata bank.

"Dokumen-dokumen ini sama ada akan lebih dapat mengesahkan atau memusnahkan kredibiliti Sarawak Report," kata Pua pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP di sini Khamis.

Beliau enggan mendedahkan butiran lanjut, sambil berkata terpulang kepada Perdana Menteri untuk mendedahkannya kepada awam.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menamatkan spekulasi ke atas 1MDB dengan mendedahkan butiran laporan itu.

Walau hanya laporan penuh akan didedahkan kepada awam, PAC telah diberi akses kepada laporan interim pada 9 Julai.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Tony Pua , Laporan Interim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan