GHB: DAP Harus Nyata Pendirian Politik - Gerakan P.Pinang

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 9:46 PM

ghb
(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gerakan Pulau Pinang menggesa DAP untuk menyatakan pendirian yang jelas sama ada parti itu akan menyokong penubuhan parti Gerakan Harapan Baru (GHB), diketuai beberapa bekas pemimpin kanan PAS. 

Setiausahanya, Oh Tong Keong berkata, DAP harus memberitahu rakyat pendirian politiknya mengenai sokongan DAP terhadap parti baharu itu.

Beliau berkata, pendirian politik DAP adalah sangat penting sebelum gabungan Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan secara rasmi kerana rakyat tidak mahu lagi melihat ulangan hubungan kedua-dua parti terputus.

"Sehingga hari ini, tiada pemimpin DAP yang telah bersuara sama ada ingin mengharamkan mana-mana parti yang memohon menyertai Pakatan Rakyat 2.0 daripada meneruskan undang-undang Hudud selepas diterima sebagai rakan pakatan.

"Kami mempunyai alasan untuk mempercayai DAP akan akur tanpa bantahan menerima undang-undang Hudud yang dibangkitkan oleh rakan pakatan baharu dan kemudian sekali lagi mengkhianati mandat yang diberi rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Oh berkata, sebagai parti baharu yang dicetuskan kumpulan serpihan PAS, ia masih berpaksikan Islam sebagai ideologi politik serta perjuangan politik dan mereka pasti tidak membatalkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang Hudud.

"Adakah DAP bersedia untuk mengukuh dan melebarkan asas politik parti baharu ini seperti apa yang ia lakukan terhadap PAS? Membantu mereka untuk menjana sokongan daripada kaum Cina, tetapi akhirnya membiarkan mereka untuk mencapai impian politik mereka untuk menubuhkan negara Islam berdasarkan al-Quran," katanya.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

GHB, yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sekarang selepas DAP dan PAS putus hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: DAP , Gerakan , Gerakan Harapan Baru , GHB

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan