Brek: Insiden Kedua Operasi LRT Tergendala - Berita Semasa | mStar

Brek: Insiden Kedua Operasi LRT Tergendala

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejadian kedua melibatkan Transit Aliran Ringan (LRT) berlaku lagi dan kali ini tren di Stesen Universiti di sini terbakar.

Kejadian itu mendorong operasi di laluan Kelana Jaya dihentikan.

Bagaimanapun, perkhidmatan itu disambung semula pada pukul 1 petang.

Sebelum ini, masalah brek menyebabkan tren di Stesen Setiawangsa tergendala sehingga sejam sebelum disambung semula pada pukul 9.45 pagi.

Kebakaran yang dapat dilihat dari Lebuh Raya Persekutuan itu menyebabkan kesesakan laluan berkenaan apabila pengguna jalan raya berhenti melihat kejadian itu.

RapidKL berkata, tren berkenaan mengalami masalah brek hingga mengakibatkan kebakaran itu berlaku.

"Semua penumpang diarahkan keluar dan dalam keadaan selamat," katanya.


Tags / Kata Kunci: LRT , Kelana Jaya , RapidKL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan