Singapura Beku Dua Akaun Bank Berkaitan 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat dakwaan kesalahan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dua akaun bank tempatan yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan Business Times, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengeluarkan perintah membekukan kedua-dua akaun terbabit pada 15 Julai lalu.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 47 Akta Rasuah, Rasuah Dadah, Perdagangan Dadah dan Jenayah Berat Lain.

SPF juga menggunakan Kanun Tatacara Jenayah untuk 'melarang apa-apa urusan berkenaan dengan wang dalam dua akaun bank yang berkaitan dengan penyiasatan itu."

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan