Ada Rancangan Burukkan Kerajaan - Lester

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 9:16 PM

Lester Melanyi.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Bekas Pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi mendakwa pengasas portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan pihak pembangkang merancang untuk memburuk-burukkan kerajaan sejak beberapa tahun dahulu.

Beliau juga berkata, akan mendedahkan lagi nama ahli politik pembangkang yang terlibat dalam video yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dalam satu temu bual dengan Bernama di sini, Melanyi mendakwa Rewcastle-Brown memberitahunya rancangan berkenaan selepas pertemuan wanita itu dengan beberapa ahli politik pembangkang di Singapura pada 2012.

"Saya selalu diberitahu Claire (mengenai perkara yang dibincangkan).  Secara umumnya mereka berbincang cara bagaimana untuk memburukkan kerajaan dan mengubah suai dokumen.

"Rancangan ini tidak dibuat semalam.  Ia telah dirancang dengan baik sejak beberapa tahun.  Sejak awal 2012, atau lebih awal," katanya sambil menambah isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah salah satu isu yang menjadi sasaran mereka.

Melanyi muncul di dalam video klip di laman YouTube yang mendakwa Rewcastle-Brown dan beberapa ahli politik pembangkang memalsukan dokumen berkaitan 1MDB.

Beliau berkata, video yang akan muncul adalah lebih menggemparkan dan lebih ramai personaliti yang terlibat akan dinamakan.

"Ia akan lebih menggemparkan. Keraguan akan dilenyapkan," katanya. 

Klip video itu sebenarnya adalah daripada satu video asal yang diasingkan kepada beberapa bahagian.         

Bahagian pertama telah dikeluarkan pada 15 Julai, dan yang kedua Isnin lepas. Bahagian ketiga dijangka dikeluarkan hujung minggu ini, kata Melanyi.

Ditanya mengapa baharu sekarang beliau mendedahkan plot itu, Melanyi berkata, beliau tidak mempunyai cukup maklumat pada 2012.

Pada Selasa, Bernama melaporkan pegawai polis dari Bukit Aman telah merakamkan percakapan Melanyi mengenai kandungan video itu pada 17 dan 18 Julai lepas di Kuching.

Melanyi berkata, beliau memberitahu polis perkara sama seperti yang beliau katakan di dalam video itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan