Pua Perlu Kecualikan Diri Dari Siasatan PAC Terhadap 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 6:18 PM

Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional mahu Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengecualikan diri daripada terlibat dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu bagi memastikan kredibiliti PAC tidak dipersoal oleh rakyat berikutan timbulnya dakwaan pertemuan Anggota Parlimen DAP itu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo di Singapura.

"Saya awal-awal lagi telah mencadangkan kepada Tony Pua untuk kecualikan dirinya...saya guna bahasa yang berlapik, saya nampak macam dia tahu begitu banyak tentang soal dan masalah 1MDB.

"Buat masa ini belum ada pengesahan tentang Tony Pua adalah pembangkang yang jumpa dengan Justo," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen di sini, Rabu.

Shahrir diminta mengulas kedudukan Pua dalam PAC berikutan dakwaan yang mengaitkannya dalam pertemuan dengan Justo.

Shahrir yang juga Anggota Parlimen Johor Bahru berkata, dakwaan terhadap Pua itu melibatkan integriti PAC sebagai jawatankuasa penting dalam Parlimen yang diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah  mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi pada Isnin lepas memberitahu akhbar The Star bahawa beliau telah berjumpa Justo yang mengakui menemui beberapa pemimpin pembangkang yang ingin membeli maklumat untuk memburukkan kerajaan berkaitan 1MDB, di London dua atau tiga kali pada 2012 dan 2013.

Shahrir juga berkata, jika benar Pua telah bertemu Justo, beliau perlu mengakuinya.

"Dia pun tak nak cakap sama ada dia ada jumpa Justo atau tidak, padahal kalau dah pergi jumpa, cakap la dah pergi jumpa," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan Pua yang bersikap agresif dan lantang dalam menyampaikan maklumat mengenai 1MDB hasil siasatan PAC dilihat telah mengganggu siasatan telus yang dijalankan sebelum ini.

"Sebagai orang dalam PAC, anda perlu tegas, perlu menganalisis sesuatu perkara sebelum diceritakan kepada orang.

"Memang dia tidak layak berada dalam PAC, hari-hari menimbulkan masalah untuk kepentingan politik. Kalau memang kita rasa ada salah (isu 1MDB), kita siasat betul-betul, jangan suka buat huru-hara," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PAC , Tony Pua , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan