Jatuh Talak Jika Adun PAS Keluar Parti

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 11:38 PM

ghb
(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kelantan yang meninggalkan parti tanpa melepaskan kedudukan yang dimenangi atas tiket parti itu secara langsung akan menceraikan isteri masing-masing, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hal itu susulan bai'ah (sumpah taat setia) yang dilakukan oleh semua wakil rakyat PAS sejak 2004.

Menurutnya bai'ah berkenaan dibuat di hadapan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pada ketika itu adalah Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Mursyidul Am parti.

Jelas beliau sumpah yang dibuat oleh wakil rakyat itu bermakna mereka yang meninggalkan PAS untuk bersama parti lain secara automatik menceraikan isterinya dengan talak tiga.

"Apabila seorang yang beragama Islam mengangkat sumpah, ia adalah kekak," katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita pada majlis Hari Raya bersama graduan universiti di sini, Rabu.

Ahad lalu, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Puasat, Khalid Abdul Samad berkata, para pemimpin PAS akan meninggalkan parti itu selepas Gerakan Harapan Baru (GHB) ditubuhkan pada September ini.

Beberapa Ahli Parlimen Kelantan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan sekurang-kurangnya tiga lagi Adun mengatakan akan menyertai GHB.

Bagaimanapun, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am enggan mengulas mengenai kandungan sumpah bertulis itu.

Tags / Kata Kunci: Gerakan Harapan Baru , bai'ah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan