Pakatan Baharu Tanpa PAS - Kit Siang

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 2:40 PM

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat memutuskan hubungan dengan DAP, PAS  disingkirkan daripada pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas berakhirnya kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PAS menjadi punca tamatnya kerjasama Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 2008.

"Semestinya tanpa PAS... Pakatan Rakyat berkubur kerana kepimpinan PAS melanggari dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini.

"Mereka gagal untuk mengotakan janji dan tidak boleh dipercayai," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis  Aidilfitri di Parlimen di sini, Rabu.

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengesahkan bahawa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang berhasrat menubuhkan parti politik baharu.

Kata Kit Siang, selepas berkuburnya Pakatan Rakyat, sebuah gabungan pembangkang yang baharu perlu dibentuk bagi meneruskan perjuangan membela nasib rakyat.

"Perbincangan berterusan sudahpun dibuat. Ada keperluan untuk mencari platform baharu bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRU-14.

"Kita sudah bincang mengenai platform baharu ini, sama ada Pakatan Baru, Pakatan Rakyat 2.0 atau Harapan Baru, kita belum tahu. Ia dalam proses untuk dibentuk," katanya.



Tags / Kata Kunci: DAP , PAS , Lim Kit Siang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan