Najib Hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 4:47 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kanan) pada Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen, Rabu. Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen yang diadakan di tempat letak kereta bangunan Parlimen, di sini, Rabu.

Najib yang tiba pada pukul 2 petang disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Doris Sophia Brodi.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis itu menikmati hidangan dan beramah mesra dengan tetamu lain.

Sementara itu majlis yang bermula pada pukul 11 pagi tadi dan berlangsung hingga pukul 4 petang ini dihadiri Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional dan pembangkang.

Turut hadir beberapa menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama beberapa perwakilan asing, pegawai parlimen dan wakil media tempatan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Aidilfitri , Perdana Menteri , Parlimen

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan