Jangan Jadi Mangsa Permainan Politik - TMJ

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 6:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada Selasa menasihatkan rakyat supaya tidak menjadi mangsa permainan politik.

Sehubungan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, setiap kenyataan dan mutiara kata yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan tetapi bagi mendidik rakyat supaya tidak menjadi mangsa permainan politik tanpa mengira aliran mana sekalipun.

"Bahasa politik diolah supaya perkara yang dusta kedengaran seakan benar, dan perkara terkutuk seperti membunuh pun boleh kelihatan terpuji.

"Perkara yang paling bahaya dan menakutkan adalah apabila manusia sanggup bermuka-muka demi mengejar kuasa dan kepentingan peribadi. 

"Rakyat harus bijak menilainya. Johor tidak boleh dibenarkan untuk terperangkap dalam kekusutan dan mainan politik," katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook, Johor Southern Tigers pada Selasa.

Menurut Tunku Ismail, beliau sebagai Tunku Mahkota Johor bertanggungjawab untuk memastikan kedaulatan negeri dan bangsa Johor supaya tidak dimanipulasi oleh kepentingan dan cita-cita politik orang lain.

"Kita perlu bersatu demi mempertahankan kedaulatan dan hak mutlak negeri, serta kesejahteraan rakyat Johor," katanya.

Tags / Kata Kunci: TMJ , Tunku Ismail Sultan Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan