MH17: Waris Tambi Jiee Lalui Proses Akhir Selesaikan Urusan Pampasan

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 8:59 AM

Keluarga Allahyarham Tambi Jiee sekeluarga menziarahi pusara enam sekeluarga yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada pagi 1 Syawal.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keluarga Tambi Jiee, yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai tahun lepas, kini dalam proses mendapatkan surat kebenaran mentadbir bagi urusan menerima pampasan akibat insiden itu.

Pesawat itu yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia juga mengorbankan isteri Tambi, Ariza Ghazalee, 46, dan empat orang anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.

Drahman, abang sulung Tambi berkata, pampasan awal daripada MAS sudah diterima, namun bagi pampasan seterusnya, surat berkenaan diperlukan bagi menentukan siapa yang diberi kuasa untuk mentadbir urus pampasan itu.

"MAS memerlukan surat kebenaran mentadbir selain beberapa dokumen berkaitan dengan arwah. Kebanyakan dokumen sudah ada, cuma tunggu surat kebenaran mentadbir ini daripada Pejabat Daerah Miri, dijangka surat berkenaan akan  diperoleh bulan ini juga (Julai).

"Apabila ada nanti, Insya-Allah saya akan berhubung dengan pihak peguam MAS," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau ditemui pada Sambutan Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Sarawak di Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketika ditanya sama ada pihaknya mempunyai cadangan cara pampasan itu digunakan, Drahman berkata perkara itu akan dibincangkan bersama waris-waris lain.

Mengakui masih bersedih dengan kejadian itu, Drahman berkata sebagai manusia keluarganya reda dan tenang dengan ketentuan Allah.

Drahman berkata mereka juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menguruskan siasatan tragedi itu.

Menurutnya pada 11 Julai lepas, seramai lapan waris keluarga berkenaan turut menyertai majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Tambi Jiiee , MH17 , Sarawak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan