Dana Politik Perlu Dikawal - Saifuddin

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 8:53 AM

Saifuddin Abdullah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggunaan dana politik perlu dikawal untuk mengelak penyalahgunaan dan rasuah, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah.

"Politik memerlukan wang, tetapi penggunaannya perlu dikawal. Apa yang salah adalah bila wang untuk politik disalahgunakan," katanya sambil menambah penggunaan wang haram boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada proses demokrasi.

Saifuddin menyatakan pandangannya menerusi kolumnya di akhbar tempatan turut memaklumkan, kawalan itu perlu membabitkan dua tahap iaitu parti politik dan calon.

"Untuk parti, kawalan adalah dari segi jumlah dana yang diperlukan dan sumber dana diperoleh, misalnya daripada ahli atau bukan ahli, keuntungan perniagaan, menyewa aset dan wang haram dan juga sama ada mereka turut menggunakan kedudukan dalam kerajaan, pegawai, aset dan dana agensi kerajaan," katanya.

Beliau menambah, cara atau kaedah parti politik menggunakan dana perlu dikawal.

"Apakah perbelanjaan itu mencapai sasaran? Apakah ia diaudit? Sudahkah ia dibahas dan diluluskan secara telus pada mesyuarat agung tahunan parti dan apakah sistem kewangan serta prosesnya telah dijalankan secara berintegriti dan bertanggungjawab," katanya.

Mengenai calon pula, beliau berkata, jumlah dana yang diperlukan sepatutnya ditaksir.

Beliau berkata, calon juga perlu disaring untuk memastikan sama ada mereka terbabit dalam kegiatan beli undi.

Katanya lagi, beberapa peruntukan undang-undang membabitkan pilihan raya umum termasuk berkaitan petugas parti perlu dipinda.

"Definasi yang jelas mengenai petugas parti dan elaun yang dibenarkan seperti untuk makanan dan petrol diperlukan supaya pengundi tidak 'beralih' kepada pekerja parti untuk cuba membeli undi.

"Satu lagi aspek adalah poster termasuk bunting dan papan iklan. Jika parti atau calon hanya dibenarkan untuk memaparkan item berkenaan di kawasan terhad, bayangkan berapa banyak dana yang dapat dijimat," katanya.

Beliau berkata, jika garis panduan dapat dirangka ia dapat mengurangkan kadar yang dituntut daripada calon, sekali gus dapat menjimatkan wang parti.

Saifuddin juga meminta supaya kadar siling membabitkan dana yang dibelanjakan calon ditetapkan.

"Jika dana politik tidak ditangani, akan ada pihak yang menggunakan wang untuk mendapat kuasa dan menggunakan kuasa untuk mendapat lebih banyak wang. Putaran ini akan berterusan hingga ia menjadi lebih teruk," katanya.



Tags / Kata Kunci: Saifuddin Abdullah , GMM , dana politik

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan