Pengikrar Buah Pinggang Catat Jumlah Tertinggi

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengikrar buah pinggang mencatatkan jumlah tertinggi dalam kumpulan pengikrar pelbagai organ iaitu sebanyak 634 orang bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.

Ketua Pengurus Klinikal Pusat Sumber Transplan Nasional, Datin Dr Fadhilah Zowyah Lela Yasin Mansor berkata, ini diikuti dengan 175 pengikrar hati, kornea mata (138), kulit (132), hati (131), tulang (38), injap jantung (29) dan paru-paru (28).

Kesedaran serta perubahan tanggapan masyarakat merupakan satu daripada faktor pendorong kepada peningkatan jumlah pengikrar untuk menderma organ di negara ini, katanya.

Selain itu, katanya, promosi berterusan Kementerian Kesihatan menerusi program Jom Ikrar Derma Organ turut membantu, malah pada masa sama memberi pendedahan asas kepada masyarakat mengenai derma organ serta menggalakkan mereka mendaftar sebagai penderma organ secara sukarela.

Ikrar derma organ bererti seseorang individu melahirkan hasrat menderma organ selepas meninggal dunia namun mereka perlu memaklumkan kepada anggota keluarga terdekat sebelum berikrar.

Menurut Dr Fadhilah Zowyah, bagi tempoh itu, pengikrar wanita mendahului pengikrar lelaki sebanyak 60 peratus atau 8,115 orang daripada jumlah keseluruhan pengikrar pelbagai organ iaitu 13,524 orang.

Daripada jumlah keseluruhan itu, beliau berkata 46 peratus pengikrar terdiri daripada kaum Melayu, 28 peratus (India), 17 peratus (Cina) dan 9 peratus (lain-lain).

"Ikrar derma organ ini memberi sinar harapan kepada lebih 18,000 pesakit yang memerlukan," katanya.

Berdasarkan Akta Tisu Manusia 1974, Dr Fadhilah Zowyah berkata hanya anggota keluarga terdekat berhak memberi kebenaran untuk menderma organ pengikrar yang telah meninggal dunia.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga mengharuskan pendermaan organ.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan