Bekas Adun Bengoh Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 2:51 PM

William Tanyuh meninggal dunia akibat sakit kanser darah yang dihidapinya.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bengoh, Datuk William Tanyuh anak Nub, meninggal dunia Isnin malam di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Mendiang Tanyuh, 69, meninggalkan isteri Datin Jennifer Alice Chee Moinie dan empat anak.

Jennifer berkata suaminya yang menghidap 'Waldenstrom Syndrome' sejenis kanser darah, dimasukkan ke HUS pada petang Ahad tetapi meninggal dunia pada pukul 7.50 malam tadi.

Beliau berkata upacara sembahyang akan diadakan pada 10.30 pagi Khamis di Gereja St Thomas di sini dan mayat mendiang akan dikebumikan pada hari yang sama.

Tanyuh memenangi kerusi DUN Bengoh pada pilihan raya kecil 1982 atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tetapi tidak bertanding pada pilihan raya 1983.

Beliau bertanding semula pada pilihan raya negeri 1991 dan mengalahkan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Datuk Wilfred Nissom serta berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada 1996 dengan mengalahkan calon bebas Datuk Dr Jerip Susil.

Sementara itu Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian berkata mendiang memberi perkhidmatan yang baik kepada parti selaku anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) selama beberapa tahun atas beberapa kapasiti dan jawatan terakhir yang disandangnya ialah pengerusi Jawatankuasa Disiplin SUPP.

"Parti kehilangan pemimpin yang paling lama berkhidmat, setia serta disayangi dan semoga roh beliau aman," kata Sim.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bengoh , Adun , William Tanyuh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan