Umno Selangor Anggap Konspirasi Jatuhkan Kerajaan BN Perbuatan Khianat

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 8:49 AM

Justo masih dibawah pengawasan dan siasatan pihak berkuasa Thailand.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Umno Selangor meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan wujudnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata, pendedahan yang dibuat oleh Xavier Andre Justo, bekas pengarah PetroSaudi International Ltd, kepada pihak polis Thailand menunjukkan adanya jenayah amat serius dan berbahaya.

"Kalau betul apa yang didakwa Justo, ia boleh dianggap mereka yang terlibat sebagai penderhaka," katanya kepada Bernama Ahad malam.

Noh turut mencabar pemimpin pembangkang yang didakwa mengadakan pertemuan dengan Justo supaya tampil membuat penafian jika dakwaan lelaki itu tidak benar.

Justeru itu, katanya, pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa juga yang terlibat dalam perkara itu.Beliau mengulas pendedahan Polis Thailand pada Khamis bahawa pemimpin pembangkang bertemu dengan Justo di Singapura untuk membeli maklumat sulit.

Justo, 49, ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) Polis Thailand di Koh Samui pada 22 Jun lepas setelah PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiataan peras ugut oleh lelaki warga Switzerland itu. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Noh Omar , BN , Xavier Andre Justo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan