Sekat Sarawak Report: Tindakan SKMM Mampu Hentikan Sebar Dakyah Jahat

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat portal Sarawak Report mampu menghalang penyebaran dakyah jahat yang mungkin menjejas kestabilan negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, tindakan sekatan seperti itu tidak seharusnya terhad kepada portal berkenaan tetapi juga patut dikenakan ke atas mana-mana laman sesawang, portal berita, laman blog atau mana-mana sumber media sosial lain termasuk individu.

"Bukan hanya menyekat, tetapi juga mengambil tindakan undang-undang dan mengenakan hukuman berat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta SKMM," tambahnya ketika dihubungi Bernama.

Pada Ahad, SKMM dalam satu kenyataan berkata ia memutuskan untuk menyekat laman sesawang The Sarawak Report kerana didapati boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Katanya, tindakan itu dibuat susulan maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai bahawa laman itu telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan masih dalam siasatan.

Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, meskipun Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan bersuara, namun ia tidak menghalalkan fitnah, hasutan, membohongi fakta dan menderhaka kepada negara.

"Kebebasan masih tertakluk kepada undang-undang. Saya menggesa tindakan menguatkuasakan undang-undang terhadap pengamal media sosial yang melanggarnya disegerakan tanpa mengira kedudukan mereka," katanya.

Sebelum ini, satu laporan polis dibuat yang mendakwa portal The Sarawak Report memalsukan fakta berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Susulan itu, polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat laporan berkenaan.

Pada 22 Jun lepas, polis Thailand dilaporkan menahan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, kerana cuba memeras ugut syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi itu, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1MDB.

Justo dilapor menjual maklumat sulit milik syarikat itu kepada beberapa individu, yang membawa kepada penyiaran beberapa e-mel dan dokumen oleh portal berita Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sarawak Report , Ismail Sabri , SKMM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan