Mima Bantu Kerajaan Rangka Polisi Isu Persempadanan Maritim

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun tampak 'kerdil', tidak ramai yang mengetahui peranan besar yang dimainkan oleh Bahagian Persempadanan Maritim, Institut Maritim Malaysia (Mima) dalam membantu kerajaan bersama agensi berkaitan memelihara kedaulatan sempadan maritim negara.

Penyelidik kanannya Jalila Abdul Jalil berkata sebagai insitusi 'think tank', adalah menjadi tugas Mima menyediakan input dan draf polisi dalam membantu kerajaan menyelesaikan isu berkaitan dengan persempadanan maritim.

"Tugas Mima hanya memberi input dan draf, manakala keputusan dalam menyelesaikan kes atau polisi ditentukan oleh pihak kerajaan sebagai badan pelaksana," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya tiada jangka masa tertentu ditetapkan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan persempadanan maritim kerana ia membabitkan rundingan antara dua kerajaan.

"Biasanya kes berkaitan mengambil masa yang lama, ada yang melibatkan proses rundingan sehingga 40 tahun kerana banyak perkara perlu diselesaikan sama ada di peringkat agensi antara kedua-dua negara atau pun hal berkaitan yang perlu dipersetujui oleh negara-negara terbabit.

"Adalah mustahil untuk menyelesaikan isu atau kes berkaitan pertindihan persempadanan maritim melibatkan sesebuah negara dengan cepat," katanya.

Jalila yang telah bertugas selama 10 tahun di Mima berkata antara pengalaman yang pernah dilaluinya ialah terlibat dalam kes persempadanan maritim melibatkan Malaysia-Indonesia beberapa tahun lepas.

Selain daripada terlibat dalam menyelesaikan isu persempadanan maritim, Mima turut bertanggungjawab dalam merangka draf undang-undang berkaitan maritim di samping menyediakan ceramah dalam hal berkaitan isu maritim kepada agensi kerajaan yang berkaitan.

Mima turut terlibat dalam mengendalikan persidangan Selat Melaka yang dianjurkan secara dwi-tahunan dan Persidangan Laut China Selatan pada setiap tahun. 

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Mima , maritim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan