Majlis Hari Raya Di Low Yat Dapat Kukuh Perpaduan, Tingkat Keyakinan

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan untuk mengadakan majlis sempena Aidilfitri di Plaza Low Yat mendapat sokongan selepas insiden pergaduhan yang mengejutkan rakyat negara ini hujung minggu lalu.

Penasihat Persatuan Pusat Membeli-Belah Malaysia, Joyce Yap berkata, majlis itu diharap dapat menyatukan semula rakyat negara ini, selain meningkatkan keyakinan terhadap kawalan keselamatan di pusat membeli-belah.

Beliau yang juga bekas pengerusi Persatuan Pelancongan Bukit Bintang-KLCC (BBKLCC) berkata, plaza itu adalah pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

"Jadi penting untuk kita mengetengahkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini," katanya.

Pada Jumaat, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu akan berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengadakan majlis Hari Raya di plaza yang dikenali sebagai sebagai pusat jualan alat telekomunikasi.

Cadangan itu menyusul berikutan kejadian pergaduhan di plaza itu berkaitan kes mencuri telefon.

Peniaga juga mendakwa insiden berkenaan mengakibatkan jualan mereka merudum antara 40 hingga 50 peratus.

Yap berkata, jualan di pusat membeli-belah lain kekal pada tahap baik dan persatuan itu menyokong usaha untuk membantu Plaza Yow Yat.

Tags / Kata Kunci: Plaza Low Yat , Hari Raya , Joyce Yap

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan