Pendedahan Justo: Lokasi Penting Dalam Dakwaan Ubah Suai Dokumen - Peguam

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 9:01 PM

Xavier Andre Justo (hadapan, duduk).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Di manakah lokasi dakwaan mengubah suai dokumen-dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) dilakukan selepas dokumen berkenaan dijual oleh bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo?.

Menurut pengamal undang-undang, lokasi merupakan persoalan penting dalam menentukan bentuk tindakan undang-undang Malaysia yang boleh diambil terhadap warga Switzerland itu, yang menjadi watak menonjol dalam isu 1MDB.

"Adalah penting bagi kita mengetahui lokasi sesuatu jenayah dilakukan sebelum kita boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah bidang kuasa Malaysia," kata peguam, profesor adjung dan penulis, Datuk Baljit Singh Sidhu.

Peguam, Akbardin Abdul Kader dan Amer Hamzah Arshad bersetuju dengan pendapat itu sambil menyatakan lokasi kejadian dan sama ada dokumen berkenaan ada kaitan dengan Malaysia perlu dipastikan terlebih dahulu.

Justo, 49, ditahan oleh polis Thailand di pulau peranginan terkenal, Koh Samui pada 22 Jun lepas selepas PetroSaudi membuat laporan bahawa bekas eksekutifnya memeras ugut syarikat itu.

Bagaimanapun, selepas soal siasat, Justo dilaporkan telah mengaku memeras ugut bekas majikannya tetapi tidak memalsukan dokumen-dokumen dalam simpanannya itu.

Baljit berkata: "Sekiranya melakukan sebarang jenayah di Malaysia maka kita boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negara tetapi jika ia dilakukan di luar bidang kuasa kita, maka ini adalah agak kabur.

"Perkara ini kabur kerana ia berlaku di luar bidang kuasa kita dan bukan mudah untuk memanggil saksi dari luar negara untuk memberi keterangan di Malaysia," katanya.

Akbardin berkata, sekiranya dokumen-dokumen kononnya palsu itu ada kaitan dengan 1MDB, maka jenayah itu ada kebimbangan Malaysia.

"Dokumen-dokumen 1MDB adalah milik Malaysia dan sekiranya dia (Justo) memperoleh manfaat daripada menjualnya, maka kita boleh mohon ekstradisi dari Thailand," katanya.

Tetapi terlebih dahulu, kita perlu ada perjanjian ekstradisi dengan Thailand dan memohon untuk ekstradisi dengan alasan dan bukti yang kukuh, katanya.

Amer Hamzah berkata, semua pihak perlu menunggu hasil siasatan oleh pihak berkuasa Thailand dan meminta semua pihak termasuk ahli politik berhenti mengeluarkan kenyataan berbentuk spekulatif dengan apa sebenar Justo melakukan.

"Tiada siapa mempunyai fakta-fakta yang lengkap, jadi tiada siapa harus berkata apa-apa pun. Untuk semua yang kita tahu, dakwaan memeras ugut dan memalsukan dokumen merupakan dua perkara yang berbeza," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Xavier Andre Justo , 1MDB , PetroSaudi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan