Berwaspada Aktiviti Kutu Dalam Talian

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktiviti main kutu secara dalam talian menjadi popular sejak kebelakangan ini, namun orang ramai perlu berhati-hati dengan kegiatan di alam maya itu bagi mengelakkan ditipu.

Ini kerana permainan kutu di laman sosial mempunyai risiko tersendiri sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengenali latar belakang anggota serta pengendali kutu.

Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berpendapat, pengendali serta anggota yang menyertai kutu perlu sentiasa berwaspada bagi mengelakkan ditipu.

"Permainan kutu diperluaskan melalui media sosial terutamanya di laman Facebook tanpa bersemuka melakukan pembayaran dan kutipan wang. Mereka (anggota dan pengendali) membuat pembayaran atas dasar kepercayaan.

"Namun sikap tamak dan terlalu ghairah dalam kalangan pengendali dan anggota menyebabkan berlakunya unsur penipuan. Mereka menghilangkan diri selepas mendapat wang atau barang yang mereka kehendaki," katanya kepada Bernama di sini.

Kutu kini bukan sahaja berbentuk wang tunai malah melibatkan barangan seperti barang kemas, barang bayi dan barang hiasan rumah yang turut diiklankan dalam Facebook dengan harga yang murah bagi 'mengumpan' anggota baharu.

"Kebanyakan yang tertarik dengan aktiviti ini adalah mereka yang tidak mampu mendapatkan barangan tersebut secara tunai dengan harga mahal dan mahu barangan tersebut dengan segera.

"Contohnya, mereka sanggup membayar secara ansuran untuk mendapatkan barang kemas itu tanpa memikirkan ketulenan barang kemas itu. Mereka mula sedar dirinya ditipu selepas menerima barang palsu itu," kata Saharuddin.

Beliau berkata adalah selamat jika bermain kutu dengan orang yang dikenali  seperti rakan sekerja, jiran atau saudara-mara.

Bagi pengendali kutu, S. Chitra, 36, berkata adalah perlu seseorang anggota mahupun pengendali untuk bersemuka sebelum melakukan sebarang transaksi wang.

Chitra berkata, kedua-kedua pihak perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, serta alamat terkini bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

"Saya sentiasa berwaspada dengan anggota baharu, saya akan jelaskan syarat permainan kutu kepada mereka sebelum mereka menjadi anggota. Sebagai 'ibu kutu' saya memikul tanggungjawab lebih berat," katanya.

Sementara itu, seorang anggota kutu yang dikenali sebagai Abu Salleh, 27, berkata beliau lebih berminat kepada barangan gajet dan alat elektronik.

"Kalau nak beli secara tunai harga agak mahal, jadi apabila bermain kutu, setiap bulan kita bayar harga barangan itu secara ansuran.

"Permainan kutu melalui pulangan wang tunai memang berisiko kerana tawaran dibuka kepada pengguna Facebook yang terlalu ramai dan sudah tentu kita tidak mengenali kesemua anggota," katanya.

Bagaimanapun, Abu berkata setakat ini kumpulan kutu yang disertainya boleh dipercayai dan tidak bermasalah manakala 'ibu kutu, juga sentiasa bertanggungjawab terhadap anggotanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: kutu , Dr Saharuddin Awang Yahya , Facebook

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan