KPDNKK Periksa 52,735 Premis, Kenakan RM20,500 Kompaun Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 3:52 PM

Ketua Unit Harga dan Bekalan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepnggunaan (KPDNKK) Putrajaya Fahmi Kasim (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri Chin Ching Chung melakukan pemeriksaan tanda harga ayam di pusat beli belah sempena musim perayaan Aidilfitri, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa sebanyak 52,735 premis di seluruh negara sejak Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2015 dilancarkan pada 7 Julai.

Ketua Unit Harga dan Bekalan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya, Fahmi Kasim berkata sejumlah RM20,500 kompaun telah dikutip daripada 144 kes membabitkan kesalahan gagal meletak tanda harga merah jambu, menjual lebih daripada harga kawalan serta gagal mempamerkan tanda harga, bagi tempoh 7 hingga 18 Julai.

"Setakat ini hanya satu aduan diterima membabitkan peniaga di Johor Baharu, berbanding 10 aduan tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas memantau harga barangan di Pasar Awam Bayan Baru dan Pasar Raya Sunshine sempena perlaksanaan skim itu yang akan berakhir Khamis ini, di sini, Isnin.

Beliau berkata, KPDNKK juga tidak menerima sebarang aduan mengenai kekurangan bekalan minyak masak sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Pulau Pinang, Chin Ching Chung berkata sebanyak 5,957 premis telah diperiksa di negeri ini dan tiada aduan diterima sejak skim itu bermula.

Beliau berkata sebanyak RM2,100 kompaun dikenakan terhadap 14 daripada 20 kes kerana gagal mempamerkan tanda harga khas pada barangan kawalan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: KPDNKK , Aidilfitri

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan