Jabatan Penjara Nafi Keluarga Anwar Tak Dibenar Melawat Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 7:31 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara pada Isnin menafikan laporan yang mendakwa keluarga bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan hak untuk berjumpa dengannya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Supri Hashim berkata, jabatan itu telah menetapkan perjumpaan khas untuk tahanan penjara yang beragama Islam dengan keluarga mereka sempena perayaan itu pada hari raya ketiga dan keempat. 

"Adalah ditegaskan tidak ada penghuni (penjara beragama) Islam yang dinafikan haknya untuk berjumpa dengan anggota keluarga sempena Aidilfitri secara berperaturan, dan ini termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Oleh itu, semua pihak termasuk media tertentu diharapkan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat berhubung perjumpaan sempena Aidilfitri, dan ini boleh menjejaskan imej Jabatan Penjara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar dan berita portal yang mengatakan Anwar dinafikan hak untuk berjumpa keluarganya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Supri berkata, jabatan itu telahpun memaklumkan kepada anggota keluarga tahanan penjara serta orang ramai melalui media baru-baru ini mengenai tarikh perjumpaan khas penghuni penjara dengan keluarga mereka.

"Dimaklumkan perhubungan yang baik antara penghuni penjara dan keluarga dianggap penting oleh Jabatan Penjara dalam aspek pemulihan, penerimaan dan pengintegrasian semula penghuni bersama keluarga dan masyarakat," katanya.

Kemudahaan perjumpaan khas sempena perayaan turut diberikan semasa sambutan perayaan Krismas, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Menuai serta Gawai. 

"Tindakan memaklumkan kepada keluarga dan orang ramai berhubung tarikh perjumpaan khas semasa perayaan-perayaan tersebut telah dibuat lebih awal melalui media dan setakat ini ia tidak menimbulkan sebarang masalah," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jabatan Penjara , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan