Isteri Pembantu Juruterbang MH17 Selesaikan Tugasan Terakhir Suami

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 10:00 PM

KENANGAN... Ahmad Hakimi bersama Asma'a dan Abderrahman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri kepada pembantu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi menyelesaikan tugas terakhir suaminya yang sebelum ini tidak dapat dipenuhi kerana terbabit dalam nahas di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.

"Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya perlu melaksanakan tugas terakhir suami saya yang tidak sempat dipenuhinya.

"Assalamualaikum dan selamat petang. Saya pegawai pertama anda, nama saya Ahmad Hakimi, bagi pihak Kapten Wan Amran dan dibantu oleh Kapten Eugene, dan pegawai pertama, Firdaus, kami ingin mengucapkan selamat datang sekali lagi dalam pesawat Penerbangan Malaysia Boeing 777 bagi penerbangan MH17.

"Cuaca dan laluan perjalanan adalah baik sepanjang perjalanan dan kami akan memulakan pendaratan tidak lama lagi. Bagi pihak Penerbangan Malaysia dan semua anak kapal, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan kami," kata Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junied, 29, menahan sebak ketika berucap pada upacara memperingati tragedi MH17 di Belanda pada 17 Julai lalu.

Ahmad Hakimi merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai tahun lalu.

Dalam ucapannya sebelum itu, Sharifah Asma'a berkata, sukar baginya untuk membayangkan penderitaan dan kesedihan yang dirasai setiap waris dan keluarga mangsa nahas MH17.

"Melihat anda semua, saya tidak dapat membayangkan penderitaan dan kesedihan yang anda alami. 

"Adakah kita berkongsi pengalaman yang sama dalam menghadapi kehilangan insan tersayang?

"Perjalanan dan kesedihan kita tidak boleh disamakan. Ia merupakan perjalanan yang berbeza keseluruhannya," katanya.

Sehubungan itu, ibu kepada anak tunggal, Abderrahman yang berusia hampir dua tahun ini mendoakan agar semua waris dan ahli keluarga mangsa mempunyai kekuatan dalam menangani kesedihan.

"Saya doakan semoga kita semua mempunyai kekuatan yang tidak terhingga dalam menangani kesedihan kita, tetapi masih berpegang kepada harapan dan kenangan yang tak akan hilang," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan